Monday, June 15, 2009

::lilin seorang murabbi::


ditujukan khas kpd abah yang terbaca bicara ini..

PERNAH LANGKAHKU PAYAH
MENUJU KE DESTINASI
KERANA MALAM KELAM DAN BINTANG HILANG KERDIPNYA
MENJADIKAN ARAHKU KELIRU
KETIMUR ATAU KEBARAT

BAGAI LILIN MEMBAKAR DIRI
MENERANGI KEGELAPAN HATIKU
MENCURAHKAN TARBIYAH DAN NASIHAT
MENCORAKKAN PERIBADI MUSLIM

NAMUN, TANPA RASA PAYAH
DIA MEMIMPIN TANGANKU
MELANGKAH SATU PERSATU
DAN MENDIDIKKU DENGAN TABAH
KUJADIKAN ARAHKU TERANG
AGAR AKU HARUS KEHADAPAN
KERNA DUNIA KIAN TERLENA!

OH..AKU KINI RINDU PADA SATU PADA NAMA YANG BERJASA
TUHAN BERI KEKUATAN PADANYA
UNTUK MENDIDIKKU SELAMANYA
KUMOHON RESTU KASIHMU
BERKATILAH OH..MURABBIKU…
SEMALAM DI SATU SUDUT
AKU LIHAT DIA
DIBIBIRNYA ADA KALIMAT
YANG BERGETAR PENUH MAKNA
INGIN MENGATAKAN SATU PENGHARAPAN
AKAN PERJUANGAN RONA DURI INI
KETIKA DIRIKU LELAH DAN MERINTIH..

KADANG-KADANG AKU TERLUPA
PADA KATA DAN TINDAK TANDUKKU
MENYATAKAN KELELAHAN PADA DAKWAH INI..
YANG MEMBUATMU TERGURIS PEDIH..
NAMUN, MAAFKAN DIRIKU ATAS KEKHILAFAN YANG DILAKUKAN..
PIMPINLAH DAKU KE DAERAH NUR..

OH..AKU KINI RINDU PADA SATU PADA NAMA YANG BERJASA
TUHAN BERI KEKUATAN UNTUK MENDIDIKKU SELAMANYA
KUMOHON RESTU KASIHMU
BERKATILAH OH..MURABBIKU…
KAU BAGAIKAN LILIN YANG MENERANGI KEGELAPAN HATIKU
TERIMA KASIH ABAH...

adaptasi dari lirik nasyid"lilin seorang guru"-inteam

Wednesday, May 27, 2009

:: uhibbuki fillah ::



Salam cinta buat akhawat yang kurindui....
Warkah ini kutulis jua merungkai rasa hati...

Uhibbuki fillah....
Suatu ungkapan yang sering kali terhias di bibir...
Yang sering bermain difikiran...
Tapi benarkah ungkapan itu lahirnya dari hati...
Atau hanya sekadar pemanis kata yang tiada makna...

Kurenung sejenak diri ini...
Ku bicarakan ku cinta padamu,ku sayang padamu,duhai akhawat...
Tapi pabila ku ukur meter ukhwahku...
Sangatlah tipis..
Apakah yang telah ku korban buat saudaraku?
Apakah yang telah ku berikan buat saudaraku?
Apakah doaku sentiasa diukir nama2 mereka?
Ku hayati....tiada apa-apa...

Kuamati lagi....
Jikalau kematian datang menjemput diriku..
Adakah telah kutunaikan hak saudaraku...
Dapatkah ku mencapai naungan Mu Ya Allah...
Naungan bertemu berpisah hanyalah keranaMu...

Dan jikalau ada yang pergi terlebih dahulu...
Sempatkah diriku memberi tinta kegembiraan buat jiwanya...
Ketika saudaraku memintakan bantuan,
Ku hulurkan atau tidak...
Ketika saudaraku didalam kesusahan,
Ku pedulikan atau tidak...
Ketika saudaraku ingin meraih semangat dariku,
Ku dukungnya atau tidak...

Menitis air mata ini...
Mengenangkan cermin iman diri...

"Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

Ku impikan tautan ukhwah yang segar...
Umpama kasturi yang semerbak baunya...
Yang manisnya melebihi manisnya madu...
Yang utuhnya melebihi gunung yang tegak...

Ku impikan tautan ukhwah seperti para sahabat...
Seperti Sa'id dan Abd Rahman b Auf...
Seperti Abu Bakar dan Rasullullah. ..
Sanggup memberi harta buat sahabatnya.. .
Sanggup digigit bisa buat insan yang dicintainya. ..

Teringatku satu kisah...
Dua saudara yang ke perang uhud...
Setelah pulang bersama cedera yang parah...
Diseru lagi untuk kali kedua...
Maka salah seorang daripadanya mengendong saudaranya.. .
Biarpun dia sendiri jua cedera...
Terus maju ke medan jihad Hamra'ul Asad yang jaraknya melebihi lapan mil...
kerana mahu bersama-sama didalam perjuangan.. .
kerana mahu meraih syahid yang besar ganjarannya. .

Ku ingin sama-sama mendukung risalah dakwah ini...
Mengejar cinta Ilahi...
Bertemankan sahabat sejati...

Bila ku bertatih-tatih. ..
Temanku Menarik ku...
Bila ku berjalan...
Temanku Menghulurkan tangan mengheretku. ..
Bila ku mahu berlari...
Teman ku mengejar diriku....
Dan diri ku jua seperti dirinya...

Fizikal kami berlainan...
Jiwa kami sama...
Hati kami sama..
Kemahuan kami sama...
Matlamat kami jua sama...

Uhibbukum fillah ku ungkapkan yang lahirnya dari sepenuh jiwaku...
Ku ingin dirimu tahu yang ku mencintai kalian kerana Ilahi...
Ku pinta,
Tegurlah diriku pabila dikau lihat kualpaan...
Suntikkanlah semangat pabila dikau lihat kukelesuan.. .
Maafkanlah diriku pabila dikau rasakan ku menyakitimu. ..
Sesungguhnya ku amat-amat mencintai dikau...
ku amat-amat rindukan ukhwah yang cantik dihias bunga-bunga peringatan Rabbul Izzati...
dihiaskan jua pemandangan langit keimanan...Mencari mentari sinar Ilahi....

Ya Rabb,
Jauhilah kami dari bisikan syaitan...
Yang merobek tautan ukhwah ini..
Padukanlah kami dengan soleh...
Kuatkanlah rasa cinta kami padaMu...
Tingkatlah rasa ketaqwaan kami padaMu..
Pertemukanlah kami di syugamu yang indah..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, May 26, 2009

sup soo hoon + telur




Sup menjadi kegemaran aku….tak kira lah sup sayur ke,sup cendawan ke,sup ayam ke,sup tulang ke,sup giar ke yang tak dak gial ke…boleh kata semua lah yang berkuah….tapi ni special cikit cz yang pasti ramai suka makan suhun…emm yummy,yummy…haaa di sini aku cuba perturunkan ilmu… cara-cara membuatnya..bolehlah sape-sape nak mencubanya.tak kira sama ada yang sudah, bakal atau belum bergelar sura atau suri rumah..

Bahan-bahan yang wajib

-2 liter air rebusan ayam(tulang2 ayam)
-5 g SOO HOON
-5 g bawang putih dihiris halus
-5 biji telur
-200 g hirisan kubis
-1 biji tomato dipotong dadu
-garam secukup rasa

Macam mane nak buat??/

1.mulakan dengan bismillahirrahmanirrahimm…

2. panaskan air rebusan, kemudian masuk SOO HOON sampai mendidih dan masukkan hirisan kubis

3. tumis bawang putih berasingan sehingga wangi, kemudian tuang dalam air rebusan tadi

4.perlahankan api .masukkan telur kacau hingga hancur

5.akhir sekali masuk tomato dan garam


6.eh belum akhir lagi…akhir sekali ucap alhamdulillah

Senang kan???Okey selamat mencuba..jumpa lagi resepi akan datang...

jalinan


Di jalan Allah PERSAHABTAN ini bukan milikku dan bukan jua milikmu

PERSHABATAN ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia

Kerana DIA lah aku mengenalimu dan

Kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama…

Seindah PERSAHABATAN ini

seUNIC pertemuan antara kita

SeINTEAM ikatan ukhuwah

Moga kekal DEHEARTY

Friday, May 22, 2009

masa seperti apa???


border="0" /> masa semalam adalah sejarah,masa esok adalah misteri dan masa sekarang adalah anugerah.maka hargailah anugerah yang ada sekarang..seringkali manusia berbicara tentang masa..maka aku pun terpanggil untuk mencoret sedikit tentang masa..(takdal coret sangat, remind balik ape yg aku baca dlm satu artikel)..Ya,hakikatnya manusia suka 'membazirkan' masa pada apa yang dicintainya..(bukan semua orang maksud aku)....musuh yang lebih penting ialah perkara yang penting.Antara yang baik itu,mana yang lebih baik bergantung pada masa, situasi dan kondisi.Mereka yang cintakan Allah, merekan akan sibukkan kerana Allah...
hakikatnya umur kita jadi seolah-olah lebih pendek akibat pembaziran masa.kenapa?bayangkan betapa banyak masa dibazirkan dengan berbual-bual kosong, menonton tv atau filem, melayari web yang tidak berfaedah dan berapa banyakkah masa "dibazirkan "dengan membaca quran?
kadang2 rungutan stress, boring,tension..sebernya toksik baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah.Marilah kita sama2 kembali semula ke pangkal jalan dan tujuan hidup.Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini.Imam Syafie berkata,"peredaran masa ialah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya"..Syaitan musuh yang tidak pernah tidur.Malaikat pencatat setia setipa masa.Siapa teman kita dalam kesibukan waktu??Ilham dari malaikat atau waswas dai syaitan(na'uzubillah)?
sesungguhnya kasih sayang Allah masih sudi singgah di hati kita yang berdosa. Kekadang jemputan ke daerah kebaikan singgah secara tiba-tiba.Kutiplah titian kasih daripada Allah apabila suara hatimu berbisik,"sampai bila aku harus begini...". Kata hukama', "Apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu,ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan ke daerah kebaikan".Maka jangan lagi bertangguh, bersegeralah memulakan mujahadah ke JALAN diredhai Allah..Jadikanlah setiap detik sebagai detik yang sentiasa bermanfaat.Sesungguhnya waktu adalah sama seperti helaan nafas yang apabila disedut tidak akan kembali..

Monday, May 18, 2009

jalan dan tujuan


dunia menyediakan jalan
kepada orang yang punya tujuan
bila tujuan hamba menuju Allah,
pasti akan ditunjukkan-Nya!

alam ini apa?
manusia ini siapa? dari mana aku datang?
hidup ini apa?
kematian itu apa?
bagaimana keadaan akan datang?
adakah lagi 'hidup' selepas hidup ini?
aku datang, aku tidak tahu dari mana?
...tapi aku datang jua
aku menempuh JALAN di depanku
....lalu aku berjalan
akan selamanyakah aku berjalan
sekalipun aku mahu atau tidak mahu....
bagaimana caranya aku datang?
bagaimana aku dapat menempuh JALAN?
aku tidak tahu!akukah yang mengendalikan diriku dalam hidup ini
atau aku dikendalikan

Ilia Abu MAhdi (al-thalasim)