Tuesday, May 26, 2009

sup soo hoon + telur




Sup menjadi kegemaran aku….tak kira lah sup sayur ke,sup cendawan ke,sup ayam ke,sup tulang ke,sup giar ke yang tak dak gial ke…boleh kata semua lah yang berkuah….tapi ni special cikit cz yang pasti ramai suka makan suhun…emm yummy,yummy…haaa di sini aku cuba perturunkan ilmu… cara-cara membuatnya..bolehlah sape-sape nak mencubanya.tak kira sama ada yang sudah, bakal atau belum bergelar sura atau suri rumah..

Bahan-bahan yang wajib

-2 liter air rebusan ayam(tulang2 ayam)
-5 g SOO HOON
-5 g bawang putih dihiris halus
-5 biji telur
-200 g hirisan kubis
-1 biji tomato dipotong dadu
-garam secukup rasa

Macam mane nak buat??/

1.mulakan dengan bismillahirrahmanirrahimm…

2. panaskan air rebusan, kemudian masuk SOO HOON sampai mendidih dan masukkan hirisan kubis

3. tumis bawang putih berasingan sehingga wangi, kemudian tuang dalam air rebusan tadi

4.perlahankan api .masukkan telur kacau hingga hancur

5.akhir sekali masuk tomato dan garam


6.eh belum akhir lagi…akhir sekali ucap alhamdulillah

Senang kan???Okey selamat mencuba..jumpa lagi resepi akan datang...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment