Friday, May 22, 2009

masa seperti apa???


border="0" /> masa semalam adalah sejarah,masa esok adalah misteri dan masa sekarang adalah anugerah.maka hargailah anugerah yang ada sekarang..seringkali manusia berbicara tentang masa..maka aku pun terpanggil untuk mencoret sedikit tentang masa..(takdal coret sangat, remind balik ape yg aku baca dlm satu artikel)..Ya,hakikatnya manusia suka 'membazirkan' masa pada apa yang dicintainya..(bukan semua orang maksud aku)....musuh yang lebih penting ialah perkara yang penting.Antara yang baik itu,mana yang lebih baik bergantung pada masa, situasi dan kondisi.Mereka yang cintakan Allah, merekan akan sibukkan kerana Allah...
hakikatnya umur kita jadi seolah-olah lebih pendek akibat pembaziran masa.kenapa?bayangkan betapa banyak masa dibazirkan dengan berbual-bual kosong, menonton tv atau filem, melayari web yang tidak berfaedah dan berapa banyakkah masa "dibazirkan "dengan membaca quran?
kadang2 rungutan stress, boring,tension..sebernya toksik baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah.Marilah kita sama2 kembali semula ke pangkal jalan dan tujuan hidup.Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini.Imam Syafie berkata,"peredaran masa ialah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya"..Syaitan musuh yang tidak pernah tidur.Malaikat pencatat setia setipa masa.Siapa teman kita dalam kesibukan waktu??Ilham dari malaikat atau waswas dai syaitan(na'uzubillah)?
sesungguhnya kasih sayang Allah masih sudi singgah di hati kita yang berdosa. Kekadang jemputan ke daerah kebaikan singgah secara tiba-tiba.Kutiplah titian kasih daripada Allah apabila suara hatimu berbisik,"sampai bila aku harus begini...". Kata hukama', "Apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu,ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan ke daerah kebaikan".Maka jangan lagi bertangguh, bersegeralah memulakan mujahadah ke JALAN diredhai Allah..Jadikanlah setiap detik sebagai detik yang sentiasa bermanfaat.Sesungguhnya waktu adalah sama seperti helaan nafas yang apabila disedut tidak akan kembali..

No comments:

Post a Comment